UmUn NaJwA BiNti HusSiN

It's about life...it's about dream...it's about reality...

Thursday, July 7, 2011

Sambal ikan bilis wong Jowo..

ikan bilis (eloknya yang putih sikit sebab lebih lembut & rangup)

Tempe

Kacang tanah

cili kering

bawang putih

bawang merah

belacan ( sikit aje )

garam & gula secukup rasa

minyak masak

Cara:

  1. Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga garing & letak sebelah dulu
  2. Tempe & kacang tanah juga digoreng berasinggan sehingga garing & letak sebelah dulu
  3. Cabai kering, bawang putih, bawang merah & belacan ditumbuk/blend
  4. Tumis bahan yang di tumbuk dengan api sederhana sehingga naik minyak tambah garam dan gula biarkan agak kering sedikit
  5. Perlahan kan api masukkan bahan yang telah digoreng tadi gaul sebati. Dah siap...

* Sambal ni kalau dimasak kering sikit boleh tahan lama. cuba la..

Kalau suka buleh tambah tohun, tapi perlu di rendam sebelum di goreng

Sunday, July 3, 2011

10 Solat yang tak diterima oleh Allah..wallahua'lam..renung2kan dan selamat beramal...

10 SEMBAHYANG YANG TIDAK DITERIMA ALLAH

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat
dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat
itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak
diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi
makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu
bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si
isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan
perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT

Siapakah Wanita....?

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Rindunya kat bapak..

Hmm…duduk sorang2 ni, membuatkan aku teringat n rindu sgt2 pada arwah ayah aku. Kenangan tu bermula dgn perihal aku yg agak Lamer juga tak balik kampung buatkan aku bercadang tak nak amik short sem, tapi cuti 3 bulan puas-puas nak duduk kat rumah.

3 bulan kat rumah,terlalu banyak memori yang tak dapat aku lupekan..kebetulan mak aku pun cakap, tak payah amik short sem lah, sebab dia nak ke Medan, Indonesia. so, aku ditugaskan untuk menjaga hal-hal rumah sementara mak aku tak ader.seronok rupenyer jadi surirumah ni sebenarnya...walaupun penat, tapi aku rasa puas hati dapat berbakti pada orang tua aku...barulah aku sedar, betapa beratnya tugas mak aku. bekerja di luar rumah dan menguruskan hal rumahtangga dalam satu masa memang mencabar.patut la bapak aku sayang betul kat mak aku...pandai mak aku jaga bapak aku..

bapak aku pun sebenarnya sangat sibuk debngan urusannye sendiri.kalau ader orang nak kawin, dielah orang yang paling busy.rumah kami pun sentiasa di hujani tetamu.asal ader masa terluang,die akan beri pengajian di surau-surau, di IlDAS dan urusan masjid yang tak pernah membuatkan dier betul-betul rehat.

dalam masa tu jugak, bapak aku sibuk nak wat parking kereta kat halaman rumah. senang nanti katernyer kalau anak-anak balik kampung.tak lah kereta berpanas, berhujan. dalam tu jugak, dier sibuk nak siapkan reban ayamnyer...katernyer nak bela ayam supaya puasa and raye nanti boleh merasa makan ayam sendiri.

tapi.. sumer2 tu tak kesampaian...tanggal 14hb mei,lepas balik dari jadi hakim tilawah peringkat negeri selangor, kami duduk2 sambil masing2 excited nak buka hadiah cenderahati hakim yang bapak aku dapat..selalunyer, bapak akula orang yang paling excited biler dapat hadiah2 macam ni ni..tapi, malam tu..dier wat tak tau jer..pukul 1.30 pagi, tiba2 bapak aku panggil emak. masa tu kitorang sumer dah nak masuk tido..die ngaduh sakit dada..pukul 2 pagi..dier mintak nak pergi hospital..tak tahan sangat rasanye..sampai kat hospital, doktor sah kan yang bapak aku terkena serangan jantung..mase tu, pandangan aku gelap sesangat.setelah di bawa ke hospital sabak bernam, pihak hospital minta kami bawa dier ke teluk intan sebab dah terlalu kritikal.4 dr 6 saluran darah ke jantung dah tersumbat..doktor sempat cairkan darah yang hampir beku sementara menunggu ambulan untuk di hantar ke hospital teluk intan. sampai di teluk intan, bapak di masukkan ke ICU.

sepanjang kat hospital,mak aku yang jaga siang dan malam...aku cume akan teman mak aku untuk 2-3 hari, dan balik ke rumah semula untuk uruskan hal rumah. kat hospital aku membantu aper yang patut sebab bapak aku tak boleh berjalan.berak kencing sumer kat atas katil. alangkah bersabarnyer mak aku...nampak keletihan pada wajahnya. sket pun dier tak merungut. tapi dier tabah...sabar. sepanjang kat hospital, bapak aku tak banyak bercakap..kalau kitorang nak ke mana2 pun dier tak bagi lame2. setiap kali aku nak tatap wajah bapak aku..die mesti paling ke arah lain..macam nak jauh-jauhkan diri dengan aku.walhal, sebelum ni..kitorang selalu berkongsi rahsia, cerita, pendapat..ceria jer sentiasa.

sebelas hari kat hospital, bapak aku dibenarkan pulang, ceria jer muker dier. dier kater dier dah rindu sangat2 nak tengok kg halaman, dah rindu nak tengok masjid..tapi tu lah, dier masih berkeadaan dengan tak boleh berjalan, demam...pelik.kenapa doktor suruh balik walhal bapak belum betul-betul sihat.tapi, kepulangannya wat kami semua gembira.2 hari balik dari hospital,bapak tak banyak berbual..cumer kalau ader orang datang ziarah, dier mesti salam erat2 dengan orang tu sampai menangis2 minta maaf..tu yang wat kitorang sumer rasa lagi sedih. masa hari terakhir, die minta kami belikan t-shirt pagoda baru. hari tu die ceria sangat..masa aku tengah lap2kan badan dier, dier xcakap dier nampak banyak sangat semut hitam kat dinding and tiang rumah..pastu semut tu merayap2 kat badan dier..aku ckp..mane ader abah..perasaan jer tu kot..dier selalu macam termenung jauh ..pandangannyer pun dah tak focus..macam dah bukan dekat dunia..cumer jasad jer yang ader kat sini..lepas asar,dier tanya hari ni berapa hb? hari aper? pastu die minta untuk dibersihkan diri..sebab dier kater dier nak solat..dier mintak mandi,gosok gigi,potong kuku,cukur janggut dan misai,bersihkan telinga dan minta pakai baju pagoda baru dan wangi-wangian.

menjelang maghrib,die solat sambil duduk..lepas tu,die pegang tasbih untuk berzikir sambil baring atas tilam..jam 8.15 malam, die ngaduh macam nak pitam..die panggil name mak dan anak-anak..masa tu aku takut sangat..jangan jadi apa-apa yang aku tak nak.aku buang jauh-jauh segala apa yang ada dalam otak aku...jam 8.30 malam...bapak aku meninggal dunia meninggalkan kami, dier rebah kat atas pangku emak dan anak2...masa tu terasa nadinyer beransur2 hilang dan makin perlahan...ya Allah, moga rohnya dicucuri rahmat dan bersama para solihin..amin..

dr malam tu, sampai hari pengebumiannye..oarng ramai tak putus2 datang ziarah..rumah penuh dengan mereka2 yang nak berikan penghormatan untuk kali terakhir..sembahyang jenazah pertama kami buat di rumah dan yang kedua di masjid..arwah selamat di kebumikan di tanah perkuburan islam kg.batu 36 sekendi..ya Allah..kau tempatkan arwah dalam golongan mereka yang beriman ya Allah..

bapak...rindu padamu..kenangan bersamamu sentiasa berada dalam hatiku...terima kasih di atas ilmu dan didikan yg kau berikan kepada anak2mu. bapak..jua sayang kat bapak..bapak la bapak jua di dunia dan di akhirat..terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang sangat sempurna..jasamu tetap akan ku kenang hingga akhir hayat...